saya hanya nk berkongsikan pengalaman saya semasa melaksanakan kerja kursus KMK tentang multimedia supaya sesiapa yang mengambil subject ini serta pilihan kerja kursus multimedia sebagai hasil kerjanya berjalan lancar....
dalam pemilihan multimedia segalanya berpandukan buku kesusteraan yang anda pelajari iaitu Sulalatus Salatin kebiasaannya digunakan sebagai panduan...pada tahun 2015 soalannya...
HASILKAN SATU PERSEMBAHAN MULTIMEDIA BERDASARKAN EPISOD "MEMBUKA NEGERI MELAKA" DALAM SULALATUS SALATIN (SEJARAH MELAYU).
pada tahun 2015, pemilihan cerita multimedia berdasarkan pembukaan kota melaka...pelajar perlu mengikuti arahan yang telah dinyatakan...arahan bagi kerja ini adalah...
Arahan :
a) hasil kerja tersebut hendaklah mengandungi elemen multimedia iaitu grafik, animasi, teks, dan audio visual.
b) tempoh persembahan multimedia hendaklah antara tiga hingga lima minit.
c) hasil persembahan multimedia hendaklah dihantar dalam cakera padat (CD). Nyatakan spesifikasi yang anda gunakan dalam menghasilkan tugasan tersebut. Contohnya : Powerpoint - Window 2007, Mikromedia Flash Mx, dan sebagainya.
d) Calon perlu menyediakan laporan bertulis tentang projek multimedia yang dihasilkan. Laporan tersebut hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut.
- Sinopsis projek
- Papan Cerita (storyboard)
ok..
seperti yang anda lihat diatas merupakan arahan yang telah ditetapkan untuk memenuhi permarkahan multimedia anda...
saya akan membantu anda dalam pembuatan storyboard yang menarik yang melengkapi semua elemen...
pertamanya anda perlu mengetahui bentuk storyboard yang digunakan untuk mencipta multimedia ini..
contoh penggunaan storyboard yang melenkapi semua elemen dalam arahan...
1. GAMBAR
pemilihan gambar yang bersesuai akan memperlihatkan peristiwa yang berlaku dalam multimedia itu.... contoh:
contoh gambar diatas merupakan slide yang pertama...dengan gambar ini sahaja segala element multimedia dapat dimasukkan...
2. HURAIAN
anda cuma perlu menghuraikan apa yang anda tidak nyatakan dalam elemen yang lain...contoh ayat:
Slide ini menunjukkan gambaran tajuk permulaan bagi melangsungkan kisah pembukaan kota melaka........
disini daya kemahiran penggunaan ayat amat berguna supaya pemeriksa berjaya memahami apa yang anda ingin sampaikan dalam slide ini..penggunaan ayat sastera turut dimasukkan dalam multimedia ini..
contohnya :
variasi
keindahan
panorama
kehijauan alam
dan sebagainya
penggunaan kata-kata sastera ini akan melengkap slide anda memenuhi kehendak kesusasteraan...
3. TEKS
seterusnya anda akan mengisi apa yang ade dalam gambar tersebut kedalam elemen-elemen multimedia...tidak semua slide ade menggunakan teks disebabkan itu...
ada arahan yang menyatakan meletakkan kosong di bahagian teks..
begitu namun ada yang menyatakan menulis ini...
Tiada teks digunakan dalam slide ini.
jadi anda perlu bertanya kepada guru anda tentang penggunaan yang bersesuaian...ok baiklah bagi yang menggunakan teks dalam slide ayatnya perlulah...
contohnya:
“PEMBUKAAN KOTA MELAKA” Font bersaiz 80, tulisan jenis Forte, font berwarna merah kuning digunakan untuk menunjukkan ....................................
anda perlu menyatakan tulisan tersebut, saiznya, jenisnya, warnanya, dan sebab penggunaan...
4. GRAFIK
penggunaan grafik mengikut setiap penceritaan anda yang berubah2 tersebut....
contohnya anda meletakkan gambar gunung...anda perlu menghuraikan mengapa anda meletakkan gambar tersebut seperti sebab pemilihan....penggunaan warna turut memainkan peranan dalam hal multimedia ini contohnnya gunung yang berkonsepkan warna sepia digunakan untuk menunjukkan situasi gunung pada waktu petang sebagai contoh...
contoh :
“PEMBUKAAN KOTA MELAKA” font berwarna merah jambu digunakan berlatar belakangkan gambaran perkampungan serta font menggunakan teknik Line Dark untuk menonjolkan setiap ayat.
Gambar latar yang bertemakan perkampungan serta penggunaan warna Black&White digunakan untuk menonjolkan lagi teks tersebut.
Tujuan untuk menimbulkan memudarkan gambar latar bertujuan menimbulkan setiap perkataan yang terdapat dalam slide.
itu merupakan contoh huraian grafik...anda boleh menjadikan panduan dengan hanya mengubah ayat bagi setiap slide namun penggunaan ayat mestilah sesuai dengan grafik anda gunakan....
5. ANIMASI
anda yang menggunakan pelbagai aplikasi untuk menjayakan projek multimedia ini banyak menggunakan animasi iaitu pergerakan dalam penceritaan...perubahan pergerakan dari slide kepada slide yang lain turut digelar pergerakan animasi...
dalam slide tersebut setiap pergerakan perlu dinyatakan dalam storybord secara terperinci...contohnya :
“PEMBUKAAN KOTA MELAKA” menggunakan animasi Shape yang mengambil masa selama 3 saat untuk memberi penekanan kepada penonton tentang teks yang ingin disampaikan.
meletakkan sebab turut berguna untuk menghuraikan sebab penggunaan....
6. AUDIO-VISUAL
elemen ini amat menarik kerana ia sebagai kunci yang anda perlu fokus dalam setiap slide multimedia....kerana setiap yang slide yang menggunakan bunyi perlu dinyatakan dalam storyboard...
contoh :
Slide ini berlatar belakangkan muzik Major Lazer - Be Together (Remix) untuk menunjukkan situasi yang tenang dalam pembukaan cerita bagi menarik penonton untuk bertenang.
penggunaan bunyi yang bersesuai memainkan elemen penting dalam persembahan nanti...disebabkan itu penggunaan muzik perlu bersesuai serta anda boleh menyatakan sebab pemilihan muzik tersebut....
========================================================================
kesimpulannya pembuatan storyboard bukan sahaja perlu mempunyai huraian2 berikut malahan pernambahan yang kreatif daripada pelbagai individu turut mampu menjayakan pembuatan multimedia yang menarik...
saya hanya berkongsi sedikit maklumat tentang pembuatan multimedia ini kerana semasa dalam pemilihan projek KMK hanya 2 orang sahaja yang berminat dalam kelas say tersebut untuk memilih projek multimedia ini.......
TIPS :
apabila anda ingin mempersembahkan projek multimedia ini keyakinan anda perlu utamakan serta daya huraian yang baik bagi selaga slide yang anda lakukan kerana anda yang menjadi pencipta yang ingin menyerlahkan hasil anda kepada pengguna...good luck semua...kekurangan dalam hal ini harap dapat dimaafkan dan diperbaiki bersama...sekian...